|
|
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil adalah diambil dari seorang
tokoh pendidikan iaitu Haji Buyong b. Adil. Nama sebenar beliau ialah
Yusof b. Adil. Dilahirkan pada 21 Januari 1907 di sebuah pekan kecil di
Kampar hasil perkongsian hidup Adil b Zakaria dengan Aminah Hj. sidek.
Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu,Telok Anson(Telok Intan)
Perak, pada tahun 1914 hingga 1918. Setrusnya melanjutkan pelajaran di
SITC di Tanjung Malim, Perak pada tahun 1924 hingga 1926. Beliau memular
kan kerjaya sebgai guru pelatih di Sekolah Melayu, di hilir Perak pada
1.1.1923, setreusnya mengajar di SITC pada tahun 1927-1941 dalam bidang
Tawarikh (Sejarah).
Di kalangan anak didiknya Buyong Adil dianggap sebagai seorang yng istimewa kerana keupayan mengulas buku teks dengan baik. Beliau juga merupakan salah seoarang penggerak semangat nasionalisme disamping Ibrahim Yaakub sekitar tahun 1940-an. dalam tahun 1945-1949, beliau bergerak cergas dalam bidang politik di Perak dengan menjadi ahli UMNO dan sebagai Pegawai Penerangan UMNO cawangan negeri Perak. Beliau juga seorang penulis buku-buku sejarah. Antaranya Sejarah Johor, Sejarah Perak dan Sejarah pahang terbitan YBP. Pada 31 ogos, 1976 beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan 6 orang anak dan seorang balu. |
Bekas-bekas Ketua Pelajar SMKBA